hello.....

tolong baca dari bawah yee....

Search This Blog

Total Pageviews

Translate

Thursday, April 10, 2014

Kembali berlakon

Setelah hampir 3 tahun menyesuaikan diri dalam industri muzik, Farhan beralih kembali ke dunia lakonan pada 2013. Drama "cintaku bibikku" arahan wan cromok adalah drama pertama beliau setelah membuat "come back". Dengan memegang watak pembantu sebagai "Azlan". Watak Azlan adalah watak seorang pemandu Dato' yang akhirnya berkahwin dengan anak Dato itu sendiri iaitu Nina lakonan oleh Tasha Shila. Drama ini sudah ditayangkan pada bulan Februari 2014 lalu di Tv1.





Selepas itu pula, Farhan menerima tawaran berlakon lagi dibawah Produksi Aziz M Osman iaitu Ace Motion Pictures. Dengan tanggungjawab yang diberikan oleh pengarah muda iaitu Nyon Othman, Farhan diberi kepercayaan untuk membawa watak utama sebagai "Cakri" didalam drama 13 episod berjudul "Khatulistiwa" yang akan ditayangkan di Tvi 180 Astro tidak lama lagi. Drama itu juga turut dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal lain seperti Najua P Ramlee dan Aisha Asnaa.









Semakin hari semakin banyak tawaran yang diterima beliau, tidak sia-sia beliau membuat "come back". Insyallah pada bulan Mei 2014 ini juga farhan akan kembali ke set pengambaran juga untuk drama sitkom 13 episod terbitan Ace Motion Pictures juga.

No comments:

Post a Comment