hello.....

tolong baca dari bawah yee....

Search This Blog

Total Pageviews

Translate

Thursday, April 10, 2014

Kembali berlakon

Setelah hampir 3 tahun menyesuaikan diri dalam industri muzik, Farhan beralih kembali ke dunia lakonan pada 2013. Drama "cintaku bibikku" arahan wan cromok adalah drama pertama beliau setelah membuat "come back". Dengan memegang watak pembantu sebagai "Azlan". Watak Azlan adalah watak seorang pemandu Dato' yang akhirnya berkahwin dengan anak Dato itu sendiri iaitu Nina lakonan oleh Tasha Shila. Drama ini sudah ditayangkan pada bulan Februari 2014 lalu di Tv1.





Selepas itu pula, Farhan menerima tawaran berlakon lagi dibawah Produksi Aziz M Osman iaitu Ace Motion Pictures. Dengan tanggungjawab yang diberikan oleh pengarah muda iaitu Nyon Othman, Farhan diberi kepercayaan untuk membawa watak utama sebagai "Cakri" didalam drama 13 episod berjudul "Khatulistiwa" yang akan ditayangkan di Tvi 180 Astro tidak lama lagi. Drama itu juga turut dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal lain seperti Najua P Ramlee dan Aisha Asnaa.









Semakin hari semakin banyak tawaran yang diterima beliau, tidak sia-sia beliau membuat "come back". Insyallah pada bulan Mei 2014 ini juga farhan akan kembali ke set pengambaran juga untuk drama sitkom 13 episod terbitan Ace Motion Pictures juga.

Duet single bersama Keena Mentor 3 "Hitam dan Putih"

Pada tahun 2012 pula, beliau muncul dengan single terbaru beliau duet bersama dengan penyanyi realiti tv iaitu keena dari mentor 3. Keena juga merupakan protege kepada Awie. Lagu duet ini ciptaan sepenuhnya oleh Sam Kuman berjudul "Hitam dan Putih". Music Video lagu ini juga sering ditayangkan di Astro Hitz Tv saluran 705.

Selepas kejayaan lagu duet ini, mereka juga merakamkan single duet kedua mereka berjudul "Kekasih Sementara" ciptaan sepenuhnya oleh Keena Mentor.

Oleh sebab selalu merakamkan lagu bersama, timbul juga gosip yang mengatakan mereka bercinta, gosip tersebut dihidu oleh wartawan terkenal iaitu mama juwie. Namun Farhan dan Keena menafikannya, bahkan mereka hanyalah sekadar teman rapat atau rakan seartis sahaja.

Saturday, October 15, 2011

Single terbaru







Farhan Haidid kini muncul dengan single terbaru ciptaan S.K, berjudul 'ingin bersamamu'... lagu yang telah berkumandang dicorong radio KLFM dan HOTFM kini semakin mendapat perhatian.. Beliau juga akan muncul di Muzik Aktif saluran 180 astro dan di MHI TV3....

Sunday, April 4, 2010

Siapa Farhan Haidid?
























Farhan Haidid ataupun nama sebenarnya Mohammad Nur Farhan bin Ma'arob adalah seorang insan simple yg dilahirkan tanggal 25 november 1988...... anak cmpuran minang dan jawa johor ini membesar di kg L.B.JONHSON pd zaman kanak-kanaknya....

Setelah beliau memasuki alam remaja beliau dibesarkn pula di PORT DICKSON.... zaman sekolah menengahnya dihabiskn masa dengan kegiatan seni seperti koir sekolah,, pertandingan nyanyian, lakonan.. dll...

Beliau pernah menyertai group koir sekolahnya "SMK DATO HAJI ABDUL SAMAD" pada tahun 2002 sehingga ke peringkat kebangsaan... di situlah bermualanya minat anak muda ini didlm dunia seni....

Setelah habis pengajian di peringkat sekolah... beliau memasuki alam kolej dgn menyambung pengajian di AKADEMI SENI KEBANGSAAN (aswara) pada tahun 2007... Beliau mengambil jurusan teater...... namun rezeki beliau di dlm industri teater tidak menyebelahi dirinya....Beliau memberanikan dirinya utk ke industri perfileman... beliau bermula dengan watak2 extra di dlm drama dan filem seperti KAMI THE MOVIE, IMPIAN ILYANA, DRAMA GERAK KHAS... DLL...

Hampir 3 tahun bertahan sebagai extra namun usahanya tidak berhasil juga... masih tiada siapa yg memandang bakat anak muda ini.... Pada tanggal tahun 2008, beliau meyertai satu agency modelling selama setahun... degan kerjasama agency tersebut beliau berjaya menubuhkan satu group indie band yg diberi nama Mr GLAMZ....Mr GLAMZ berjaya merakamkan 5 lagu single di dlm 1 mini album... Disaat-saat permulaan Mr GLAMZ baru hendak mencipta nama ... group ini berpecah diatas alasan-alasan peribadi ahli2 kmpln itu sendiri...

Selepas keluar dari group Mr GLAMZ, .. farhan haidid bergerak solo.... dengan menggunakan nama penanya FARHAN HAIDID, beliau berjaya menerbitkan mini album solonya sendiri berjudul "CHATERZ"... album ini berkonsepkan punk rock dengan hasil dari karya beliau sendiri...

Hasil dari kerjasama pihak media cetak dan elektronik, lagu beliau berjaya juga ke corong radio... kini, beliau akan terus berusaha untuk menaikkan nama beliau di persada seni tanahair.... untuk segala maklumat lanjut dan lagu-lagu terbaru farhan haidid bolehlah melayari youtube taip "farhan haidid" or www.facebook.com/farhanhaidid.....

.... FARHAN HAIDID....